Friday, 13 January 2017

Myanmar Cabuli Hak Asasi Etnik Rohingya

SEJAK kebelakangan ini jelas kedengaran pelbagai reaksi masyarakat Malaysia mahupun antarabangsa terhadap kesengsaraan etnik Rohingya. Pelbagai bentuk sokongan dipaparkan dalam bentuk penulisan di media massa, kempen, derma kilat serta sumbangan dan tidak kurang juga beberapa sesi dialog serta 'bantahan' ke kedutaan Kerajaan Myanmar.

Dari pelbagai sumber berita dan juga sejarah etnik Rohingya, tercatat pelbagai maklumat dan bukti bagaimana etnik ini cuba dihapuskan hak asasi mereka sebagai warganegara sah. Hak mereka untuk hidup dan dilindungi oleh sesebuah negara seharusnya terpelihara. Tidak timbul isu hak asasi dinafikan oleh negara asal mereka sendiri, iaitu Myanmar walaupun pelbagai alasan diberikan oleh pemerintah Myanmar.

Rentetan peristiwa pencabulan hak asasi ini telah pun berlaku lebih ratusan tahun sejak akhir abad ke-19 dan di awal abad ke-20 lagi. Maklumat dari Amnesty International, pencabulan hak kemanusiaan oleh junta tentera Myanmar ke atas etnik Rohingya di Arakan berlaku sejak 1978 lagi, dan dikaitkan dengan operasi Nagamin' ('Raja Naga') tentera Myanmar. Akibatnya ratusan ribu etnik Rohingya memilih lari ke negara jiran terdekat seperti Bangladesh.

Ada juga yang mencuba nasib ke Thailand, Indonesia dan negara kita. Pencabulan dan layanan tidak berperikemanusiaan ini termasuk mereka diseksa, mereka dihalau dari kampung halaman, rumah dibakar, perempuan di perkosa, ada dibunuh dan mereka hidup dalam ketakutan.

Penghapusan etnik 
Ia seolah-olah penghapusan etnik dan diskriminasi kaum ini mendapat 'restu' dari sebuah kerajaan yang diiktiraf masyarakat antarabangsa. Perkara ini berlaku tanpa dunia melihat bahawa kekejaman itu, pembunuhan yang kejam, mayat bergelimpangan, hilang rasa kasihan dan penafian hak mereka untuk hidup. Sebahagian mereka yang tinggal di kem pelarian atau juga dikenali 'internally displaced person camp' (IDP) di Arakan juga tidak menerima makanan dan minuman yang cukup.

Kawasan kem yang tidak mempunyai sumber air bersih yang mencukupi, sering dilanda banjir dan sangat padat untuk diduduki dan jauh sekali mendapat rawatan kesihatan asas serta sokongan sosial yang diperlukan oleh setiap individu. Di samping itu, masyarakat antarabangsa juga mengetahui beberapa gerakan pembebasan etnik Rohingya disekat dengan keras dan maklumat dalaman tidak dapat diketahui oleh dunia luar.

Dipaksa jadi buruh 
Beberapa laporan menyatakan mereka juga terus menerus dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan jalan raya dan di kem tentera, terutama di utara negeri Rakhine sejak lebih sedekad lalu. Merujuk kepada mandat diberikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berdasarkan 'The Commission on Human Right', tanggungjawab untuk menjalankan pemeriksaan, pemantauan dan membuat laporan ke atas hak asasi manusia di sesebuah negara atau kawasan boleh dilakukan. Ini bermakna, sesebuah negara harus memberi dan mengiktiraf hak kepada rakyat mereka untuk hidup dan menerima sokongan asas dalam kehidupan. Hak sejagat ini termaktub dalam 'The Universal Declaration of Human Rights (UDHR)' yang diluluskan PBB pada 1948, di Palais de Chaillot, Paris. Deklarasi ini timbul susulan pengalaman Perang Dunia Kedua, dan sebagai wakil suara penduduk dunia meminta dan percaya bahawa setiap manusia mempunyai hak asasi yang harus dipertahankan. Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) sedia menawarkan bantuan kepada mana-mana kerajaan dalam usaha untuk membantu pelarian yang tiba di negara jiran apabila tercetus krisis seperti ke atas etnik Rohingya. Krisis kemanusiaan yang dihadapi etnik Rohingya pada hari ini boleh dikategorikan sangat serius. Masyarakat dunia, terutama di rantau ASEAN perlu mengambil sikap proaktif dan drastik untuk terus memberi tekanan kepada Kerajaan Myanmar. Ini tidak bermakna kita mengganggu hal dalaman negara jiran. Pelarian Rohingya secara dasarnya mempunyai hak untuk diterima semula ke negara asal. Namun, mereka sangat bimbang akan dinafikan hak kewarganegaraan mereka dan berkemungkinan sebahagian besar tidak dapat kembali ke Myanmar. Kebimbangan ini ada asasnya berdasarkan sejarah di mana pengusiran besar-besaran berlaku pada awal 1948 dan sekitar 1991. Kerajaan Myanmar pula tidak menerima etnik Rohingya sebagai rakyat. Beberapa laporan mengaitkan Kerajaan Myanmar mengguna pakai dan meminda 'Burma Citizenship Law' yang diluluskan pada 1982 sebagai dasar tidak mengiktiraf etnik Rohingya ini. Negara jiran, terutama Bangladesh berdepan krisis kerana semakin ramai pelarian Rohingya berada di kem sempadan negara mereka. Ini amat malang kerana mengikut sejarah sejak abad ke-8 Masihi, mereka antara generasi awal yang menduduki kawasan di Arakan (kini dikenali Rakhine) Barat Myanmar, terutama di sekitar kawasan dikenali Maungdaw, Buthidaung, Rathedaung, Sittwe dan Kyauktaw. Menurut fakta sejarah juga, nama Arakan dikatakan berasal daripada perkataan Arab 'Arkan' yang bermaksud rukun-rukun. Pengaruh perkataan Arab ini dikaitkan dengan kedatangan pedagang Arab yang sering singgah di situ dan ada juga yang berkahwin dengan masyarakat tempatan ketika itu. Kita mengambil dasar dan inisiatif membantu dan menyuarakan bahawa setiap individu mempunyai hak kewarganegaraan hak asasi dan dilindungi berdasarkan Deklarasi Hak Asasi oleh PBB. Justeru, tindakan sebahagian masyarakat dan pelbagai jenis tabung kemanusiaan oleh individu dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan kebajikan sangat dialu-alukan.

ETNIK Rohingya mengaminkan doa ketika Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Taman Tasik Titiwangsa pada 4 Disember lalu. - Foto Khairull Azry Bidin
Sumber: http://www.bharian.com.my/node/223899

Thursday, 12 January 2017

Jom Belajar tentang Hak Kita Sebagai Rakyat Malaysia!!

Hak-hak kita telah diperuntukkan dalam perlembagaan negara. Terdapat beberapa perkara melibatkan hak kita sebagai rakyat, Antaranya ialah:-

1. Hak untuk hidup dan kebebasan diri (Perkara 5)

2. Larangan perhambaan dan buruh paksa (Perkara 6)

3. Hak untuk dikenakan pendakwaan dua kali atas kesalahan yang sama (double jeopardy) dan untuk dikenakan tindakan berdasarkan undang-undang baharu (Perkara 7)

4. Hak Kesamarataan (Perkara 8)

5. Hak kekebasan bergerak dan larangan dibuang negeri (Perkara 9)

6. Hak kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan (Perkara 10)

7. Hak kebebasan beragama (Perkara 11)

8. Hak untuk mendapat pendidikan (Perkara 12)

9. Hak untuk memiliki harta (Perkara 13)


Related image

Adenan Satem : Wira Sarawak!

Tok Nan, Apai (bapa) Sarawak sentiasa mempertahankan dan menperjuangkan hak-hak anak Sarawak. Pemergian beliau secara tiba-tiba amat menyedihkan para anak Sarawak... Jasa dan sumbangan beliau terhadap Sarawak memang tidak dapat dinafikan dan telah memajukan setiap pelosok tanah Sarawak. Beliau juga dihormati dan disanjung tinggi oleh semua anak Sarawak tanpa mengira agama dan bangsa.

Image result for adenan
Tok Nan lah yang memulakan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo;
Tok Nan lah yang memansuhkan Tol;
Tok Nan lah yang memansuhkan cukai tanah untuk pertanian dan kediaman;
Tok Nan lah yang menggurangkan tarif elektrik;
Tok Nan lah yang menggurangkan kadar cukai pintu;
Tok Nan lah yang memulakan Program "Go Rural";
Tok Nan lah yang membanteraskan aktiviti pembalakan haram;
Tok Nan lah yang melebihkan kuasa autonomi dalam pentadbiran negeri;
Tok Nan lah yang membatalkan pembinaan empangan Baram:
Tok Nan lah yang mengatakan tiada 'lain-lain' dalam borang rasmi;
Tok Nan lah yang memperjuangkan tanah adat hak peribumi;
Tok Nan lah yang memperjuangkan royalti minyak 20%  untuk Sarawak;
Tok Nan lah yang menegaskan masyarakat Cina bukan pendatang di Sarawak


Sumber: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/10-things-about-adenan-satem-the-peoples-chief-minister

#salutetoknan
#proudtobesarawakian

Wednesday, 11 January 2017

Kehilangan Perjuang Hak Rakyat Sarawak, Ketua Menteri Tercinta - ADENAN SATEM



























Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/368899

Mahatma Gandhi : Kata Hikmat (Quotes)

Nak share sedikit tentang kata-kata hikmat Gandhi ye. 
Katanya amat membantu dan bol
eh dijadikan motivasi kepada kita semua =)

1. You must be the change you wish to see in the world.

2. The weak can never forgive. Forgiveness is the attribute of the strong.

3. Happiness is when what you think, what you say, and what you do are in harmony.

4. An eye for eye only ends up making the whole world blind.

5. Live as if you were to die tomorrow; learn as if you were to live forever.

6. First they ignore you, then they laugh at you, then they fight you, then you win.

7. You must not lose faith in humanity. Humanity is an ocean; if a few drops of the ocean are dirty, the ocean does not become dirty.

8. The best way to find yourself is to lose yourself in the service of others.

9. Strength does not come from physical capacity. It comes from an indomitable will.

10.A man is but the product of his thoughts; what he thinks, he becomes.

Harap dapat membantu anda!! =)
#justsharing

Tuesday, 10 January 2017

Mahatma Gandhi : Perjuangan Tanpa Kekerasan


Mahatma Gandhi
nama yang dikenal oleh manusia di setiap pelosok dunia... 


Bapu yang dihormati oleh setiap warga negara India, 
menggunakan masa seumur hidupnya memperjuangkan hak-hak yang diskriminasi tanpa kekerasan,
tiada pergaduhan, tiada peperangan...

Memimpin India ke arah kemerdekaan, 
berjuang dari muda sehingga hari terakhir hidup di dunia, berjuang daripada mula yang berbaju "blazer" sehingga akhirnya separuh telanjang! 

Ohhh... Betapa besarnya pengorbanan beliau!! 

Jika penjuangan dilakukan oleh kita, dapatkan kita mengorbankan segala kemewahan, status, kuasa yang digenggam dan melakukan apa yang dilakukan oleh Gandhi??? Tepuk dada tanyalah selera...

#salutefrombottomofheart
#mahatmagandhi
#imightnotbeabletoscarifyifiwerehim

Sunday, 11 December 2016

Lagu - Hak Asasi (Rhoma Irama)

Cubalah kita fikir sendiri...
Adakah hak kita dihormati?
Adakah kita hormati hak orang lain?

Marilah dengar lagu link di bawah! Liriknya bermakna =)

https://www.youtube.com/watch?v=T2D66Y9SEuo